Sunday, 15 July 2012

PENGENALAN ASAS KIMPALAN ARKA

Asas kimpalan arka

PENERANGAN :

Di dalam proses kimpalan arka terdapat jenis proses yang perlu diketahui dalam kerja kimpalan.Ini termasuk mengenai punca tenaga yang di gunakan seperti kuasa elektrik,generator dan sebagainya.Di antara proses kimpalan asas bagi kimpalan arka adalah seperti berikut:

  • 1)    Shielded Metal Arc Welding (SMAW)
  • 2)    Gas Metal Arc Welding (GMAW)
  • 3)    Flux Cored Arc Welding (FCAW)
  • 4)    Gas Tungsten Arc Welding (GTAW)
  • 5)    Submerged Arc Welding (SAW)


Semua jenis kimpalan ini adalah beroperasi secara automatik,separa automatik dan juga tidak automatik.pemilihan yang betul untuk menggunakan jenis kimpalan amat perlu atau mustahak dikenalpasti bagi memudahkan mahupan menguntungkan,ini juga perlu di ambil kira beberapa perkara yang penting iaitu:

·         Keperluan masa depan
·         Penyelenggaraan
·         Ekonomi
·         Keupayaan
·         Keadaan sekeliling
·         Kemahiran yang seimbang
·         Bantuan perkilangan
·         Code compliance
·         Pendawaian



SMAW:-Dikenali dengan kimpalan Arka.satu proses kimpal dimana punca kepanasannya diperolehi dari arka elektrik dengan menggunakan elektrod (logam penambah).Ia adalah satu proses penyambungan logam dimana kepanasan arka terjadi apabila sentuhan elektrod dikenakan dengan logam asas dimana arus elektrik dialirkan (5000 darjah C atau 9000 darjah F)

GMAW;-kimpalan ini juga dikenali dengan MIG (metal inert gas) dan MAG (metal active gas).gas yang digunakan bertujuan sebagai pelindung bagi batas kimpalan dari dimasuki udara atau gas dari luar,juga membantu menolong mengalirkanarus elektrik.semua jenis logam boleh dikimpal dengan proses ini

GTAW;-kimpalan jenis ini  menggunakan  mesin kimpalan High Frequence sama ada jenis AC atau DC.ianya cepat panas dan tidak memerlukan bahan pelakur walaupun lain dari logam keluli.juga dikenali sebagai TIG (tungsten inert gas)yang mana memerlukan elektrod tungsten dan inert gas iaitu gas argon sebagai pelindung bagi batas kimpal.

FCAW;-penggunaan dua kaedah yang terdapat dalam proses ini dimana mengabungkan  kimpalan arka dan MIG/MAG yang mana ciri ciri yang berbeza dan dijadikan satu proses yang sesuai di gunakan.proses ini sesuai mengimpal carbon dan kow alloy steel,stainless steel,cast iron.kegunaannya bergantung pada logam penambah (berbentuk dawai) dan kandungan mekanikal pada sambungannya dana rekabentuk sambungan.proses ini juga terdapat gas pelindungnya sendiri seperti dalam proses GMAW.

SAW;-Proses ini dibuat samada automatik atau dengan tangan(manual).Dawai elektrod adalah disalut oleh kuprum sebagai membantu pengaliran arus dan mengelakan dawai dari berkarat.proses cara automatik bahan lakur dicurahkan kedalam mangkuk yang dipasang dalam mesin yang mana akan menutup batas kimpal dan menghalang percikan selain dari itu ia melindungi batas dari udara luar.mesin samaada berkedudukan tetap dan bendakerja bergerak atau sebaliknya


TUGAS SEORANG PENGIMPAL;

Tugas pengimpal ialah melaraskan arus tekanan pada mesin,serta menentukan  pelarasan yang sesuai digunakan berasaskan bahan yang hendak di kimpal.disamping itu juga perlu mengawal pelarasan bahagian yang akan dicantumkan dan mengawal laluan bahagian menerusi mesin kimpalan itu.Tidak ada aturan khas yang dibuat mengenai jenis proses pengimpalan yang mesti digunakan untuk sesuatu kerja kimpalan tertentu.Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis proses pengimpalan yang harus digunakan ialah;

  • 1    Jenis logam yang hendak di kimpal.
  • 2   Pembelanjaan yang terlibat.
  • 3    Sifat logam yang akan dikimpal.
  • 4   Teknik pengeluaran.

Sesetengah kerja kimpalan lebih mudah di buat dengan menggunakan kimpalan gas,sementara kerja kimpalan lain mungkin lebih mudah dibuat dengan menggunakan kimpalan arka.