Asas kimpalan arka
PENERANGAN :
Di dalam proses kimpalan arka terdapat jenis proses yang
perlu diketahui dalam kerja kimpalan.Ini termasuk mengenai punca tenaga yang di
gunakan seperti kuasa elektrik,generator dan sebagainya.Di antara proses
kimpalan asas bagi kimpalan arka adalah seperti berikut:
- 1) Shielded Metal Arc Welding (SMAW)
- 2) Gas Metal Arc Welding (GMAW)
- 3) Flux Cored Arc Welding (FCAW)
- 4) Gas Tungsten Arc Welding (GTAW)
- 5) Submerged Arc Welding (SAW)
Semua
jenis kimpalan ini adalah beroperasi secara automatik,separa automatik dan juga
tidak automatik.pemilihan yang betul untuk menggunakan jenis kimpalan amat
perlu atau mustahak dikenalpasti bagi memudahkan mahupan menguntungkan,ini juga
perlu di ambil kira beberapa perkara yang penting iaitu:
·
Keperluan masa depan
·
Penyelenggaraan
·
Ekonomi
·
Keupayaan
·
Keadaan sekeliling
·
Kemahiran yang seimbang
·
Bantuan perkilangan
·
Code compliance
·
Pendawaian
SMAW:-Dikenali dengan
kimpalan Arka.satu proses kimpal dimana punca kepanasannya diperolehi dari arka
elektrik dengan menggunakan elektrod (logam penambah).Ia adalah satu proses
penyambungan logam dimana kepanasan arka terjadi apabila sentuhan elektrod
dikenakan dengan logam asas dimana arus elektrik dialirkan (5000 darjah C atau
9000 darjah F)
GMAW;-kimpalan ini juga
dikenali dengan MIG (metal inert gas) dan MAG (metal active gas).gas yang
digunakan bertujuan sebagai pelindung bagi batas kimpalan dari dimasuki udara
atau gas dari luar,juga membantu menolong mengalirkanarus elektrik.semua jenis
logam boleh dikimpal dengan proses ini
GTAW;-kimpalan jenis ini
menggunakan mesin kimpalan High
Frequence sama ada jenis AC atau DC.ianya cepat panas dan tidak memerlukan
bahan pelakur walaupun lain dari logam keluli.juga dikenali sebagai TIG
(tungsten inert gas)yang mana memerlukan elektrod tungsten dan inert gas iaitu
gas argon sebagai pelindung bagi batas kimpal.
FCAW;-penggunaan dua kaedah yang terdapat dalam proses ini
dimana mengabungkan kimpalan arka dan
MIG/MAG yang mana ciri ciri yang berbeza dan dijadikan satu proses yang sesuai
di gunakan.proses ini sesuai mengimpal carbon dan kow alloy steel,stainless
steel,cast iron.kegunaannya bergantung pada logam penambah (berbentuk dawai)
dan kandungan mekanikal pada sambungannya dana rekabentuk sambungan.proses ini
juga terdapat gas pelindungnya sendiri seperti dalam proses GMAW.
SAW;-Proses ini dibuat samada
automatik atau dengan tangan(manual).Dawai elektrod adalah disalut oleh kuprum
sebagai membantu pengaliran arus dan mengelakan dawai dari berkarat.proses cara
automatik bahan lakur dicurahkan kedalam mangkuk yang dipasang dalam mesin yang
mana akan menutup batas kimpal dan menghalang percikan selain dari itu ia
melindungi batas dari udara luar.mesin samaada berkedudukan tetap dan
bendakerja bergerak atau sebaliknya
TUGAS SEORANG PENGIMPAL;
Tugas pengimpal ialah melaraskan arus tekanan pada mesin,serta
menentukan pelarasan yang sesuai
digunakan berasaskan bahan yang hendak di kimpal.disamping itu juga perlu
mengawal pelarasan bahagian yang akan dicantumkan dan mengawal laluan bahagian
menerusi mesin kimpalan itu.Tidak ada aturan khas yang dibuat mengenai jenis
proses pengimpalan yang mesti digunakan untuk sesuatu kerja kimpalan
tertentu.Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis proses pengimpalan yang harus
digunakan ialah;
- 1 Jenis logam yang hendak di kimpal.
- 2 Pembelanjaan yang terlibat.
- 3 Sifat logam yang akan dikimpal.
- 4 Teknik pengeluaran.
Sesetengah kerja
kimpalan lebih mudah di buat dengan menggunakan kimpalan gas,sementara kerja
kimpalan lain mungkin lebih mudah dibuat dengan menggunakan kimpalan arka.